Pages

Wednesday 17 August 2011

Beli-Belah di Sempadan Siam
Oleh SYALMIZI HAMID

SETIAP kali tibanya Syawal, senario jalan raya di kawasan-kawasan Utara dan Pantai Timur tanah air akan berubah wajah. Jika sebelum ini hiruk-pikuk kenderaan sinonim dengan kesesakan di ibu kota, kini kesibukan itu sudah beralih tempat.

Walaupun Aidilfitri sudah memasuki hari kesembilan, suasana hari raya masih dirasai. Horizon ingin mengajak pembaca yang pulang ke kampung halaman terutamanya di kawasan-kawasan Utara untuk ke beberapa destinasi menarik.

Apakah tujuannya? Tentu sekali bagi mendapatkan buah tangan istimewa untuk dibawa pulang ke ibu kota.

Diibaratkan syurga beli-belah terutamanya bagi wanita dan suri rumah, zon bebas cukai di kawasan persempadanan dua negara iaitu Thailand dan Malaysia menawarkan pelbagai barangan untuk dibawa pulang.

Bermula daripada pakaian, barangan aksesori, makanan snek, alatan dapur, jersi bola sepak, barangan kraftangan, buah-buahan segar sehinggalah kepada barangan permainan kanak-kanak, semuanya boleh didapati di situ pada harga yang lebih murah.

Antara kawasan bebas cukai sempadan popular yang sering menjadi bualan pelancong dalam negara adalah Bukit Kayu Hitam, Kedah; Padang Besar, Perlis serta Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang di Kelantan.

Horizon menyenaraikan beberapa sebab destinasi tersebut perlu dikunjungi terutamanya mereka yang mancari pelbagai jenis pakaian, perkakasan dapur, set pinggan mangkuk dan permainan kanak-kanak.

Bagi mereka yang belum pernah biasa menempuh perjalanan ke lokasi tersebut, beberapa pengalaman baru pasti dapat dirasai.

Selain dihidangkan dengan pemandangan desa yang indah, pengunjung juga boleh merasakan pengalaman berbeza seperti prosedur melepasi kawasan pemeriksaan pihak berkuasa untuk ke lokasi berbelanja.

Tiada yang perlu dirisaukan. Tujuan sekatan polis tersebut adalah untuk menghalang kemasukan barangan larangan tertentu.

BUAH-BUAHAN segar yang dibawa
masuk dari Thailand adalah antara
jualan menarik di Rantau Panjang, Kelantan.

Bukit Kayu Hitam

Terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah, kawasan zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam terdiri daripada beberapa kompleks perniagaan yang moden dan separa moden, antaranya Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya dan The Zon selain gerai-gerai jualan.

Pusat beli-belah di kawasan sempadan negara tersebut telah dirasmikan pada 12 Mac 1988 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah antara pintu masuk pelancong utama dari Thailand yang terletak bersempadan dengan daerah Danok di negara Gajah Putih itu.

Sangat mudah untuk sampai ke kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam kerana akses ke kawasan itu dihubungkan melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).

Bukit Kayu Hitam terletak di penghujung lebuh raya PLUS iaitu 48 kilometer (km) dari Alor Setar, 150 km dari Pulau Pinang dan hampir 480 km dari bandar raya Kuala Lumpur.

Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pelancong dari ibu negara boleh memilih untuk menaiki kapal terbang, kereta api ataupun bas ekspres.

“Jika melalui lebuh raya PLUS, anda dapat menyaksikan pemandangan pokok padi yang luas di kiri kanan lebuh raya.

“Lebih menarik pemandangan itu dilihat ketika padi sedang menguning sambil melihat matahari terbenam pada waktu petang,” ujar Zuryanie Zainol, 25, yang sentiasa mengunjungi kawasan itu untuk mendapatkan barangan cadar dan pinggan mangkuk.

KEDAI yang menawarkan seleksi kasut berjenama selalunya menjadi tumpuan di Rantau Panjang, Kelantan.

Padang Besar

Bagi yang mahu berlibur hingga ke negeri paling utara Semenanjung Malaysia, jangan lepaskan peluang bertamu ke Padang Besar, Perlis. Di situ pelbagai barangan dijual pada harga yang lebih murah terutamanya pada hari Isnin hingga Khamis. Pada hujung minggu pula, harga mungkin dinaikkan sedikit. Maka, pengunjung perlu bijak memainkan peranan dalam sesi tawar-menawar.

Terletak 35 km dari bandar Kangar, kawasan itu selain sinonim dengan jualan barangan seperti yang boleh didapati di lokasi beli-belah sempadan yang lain, ia juga mempunyai peminat di kalangan mereka yang gemar pada snek dan manisan seperti gula-gula, biskut, wafer serta coklat.

Produk coklat di Padang Besar dijual pada harga yang setanding tarikan harga di pulau bebas cukai, Langkawi.

Jika menempuh perjalanan dari Arau, 30 minit masa perjalanan akan diambil dan sepanjang jalan ke situ pengunjung akan dapat menyaksikan pemandangan sawah padi dan ladang tebu Chuping yang luas selain Tasik Timah Tasoh yang indah.

Masa perjalanan selama enam jam diperlukan untuk sampai ke situ melalui PLUS jika kunjungan bermula dari Kuala Lumpur. Pengunjung berkereta akan melalui pekan Changlun, lebuh raya Changlun-Kuala Perlis, Kangar, sebelum sampai ke Padang Besar.

Sejurus melepasi sebuah pintu gerbang yang tertera ungkapan ’Terima kasih. Pakat Pakat Mai Lagi’, ketika sampai ke negeri Indera Kayangan itu, ia menandakan bahawa destinasi yang dituju sudahpun dekat.

Seorang anak jati Kangar, Ghazlizanif Ghazali, 33, memberitahu Kosmo! bahawa kawasan beli-belah di kawasan utara tersebut mempunyai ruang niaga yang tersusun selain suasana yang mesra pengguna.

“Kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta yang mencukupi memberi keselesaan kepada pengunjung. Ia adalah sebuah kawasan beli-belah yang unik kerana pelbagai jenis barangan daripada negara jiran boleh didapati di situ,” ujar eksekutif bank itu yang kini menetap di Kuala Lumpur.

PINTU masuk di sempadan Pengkalan Kubor meriah dengan barangan yang dibawa masuk dari negara jiran.

Pengkalan Kubor

Berlokasi di negeri Cik Siti Wan Kembang, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur terletak di daerah Tumpat, Kelantan.

Secara fizikalnya, lokasi yang sering menjadi sesak tatkala tibanya musim cuti sekolah itu berada di muara Sungai Golok dan berjiran dengan pekan Tak Bai di Thailand.

Mempunyai sebuah kompleks perniagaan yang tersusun, pengunjung yang berhasrat ke situ dipermudahkan dengan pilihan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti teksi dan bas antara bandar.

Jika ingin memandu sendiri ke situ, kemudahan tempat letak kereta juga tersedia. Hanya dalam jarak kira-kira 35 km dari bandar Kota Bharu, lokasi popular itu menjadi pilihan seisi keluarga untuk melengkapkan stok barangan dapur dan harian.

Sepanjang perjalanan ke pekan itu, pengunjung turut disajikan dengan pemandangan sawah padi yang luas di kiri kanan jalan selain wat-wat Buddha. Bagaikan mercu tanda di pekan sempadan itu, sebuah patung Buddha duduk yang setinggi 30 meter pasti menangkap perhatian mata ketika melepasi Kampung Jubakar, Tumpat.

Rantau Panjang

PUSAT beli-belah The Zon adalah antara prasarana moden yang dibangunkan di zon bebas cukai dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah.


Selain Pengkalan Kubor, pekan Rantau Panjang juga mampu menyaingi lokasi jual-beli bagi barangan keperluan dan dekorasi kediaman.

Bertempat 40 km ke utara dari bandar Kota Bharu, pekan itu menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong domestik. Seperti biasa, musim cuti sekolah mahupun hujung minggu adalah pintu rezeki buat para peniaga di situ.

Berbeza daripada zon bebas cukai lain, gaya penjual di situ kelihatan lebih santai kerana mereka melakukan aktiviti perniagaan secara berselerak. Walaupun sedikit sesak, ia memberikan gambaran menarik mengenai budaya tempatan.

Kadangkala, suasana formal umpama di kompleks komersial tidak menjadi satu kemestian kerana konsep terbuka dan tidak tersusun itu lebih mencetuskan kemeriahan sekali gus menonjolkan identiti dan budaya penduduknya.

“Anda dapat saksikan wanita-wanita warga emas menjalankan perniagaan kecil-kecilan mereka seperti snek dari Siam (Thailand), alatan permainan kanak-kanak dan makanan popular dari sana seperti pulut ayam,” kata seorang pengunjung yang sering bertandang ke situ, Nur Hufaidah Zakaria, 26, kepada Kosmo!.

Menariknya, jikalau pengunjung tahu bercakap mengikut loghat Kelantan, mereka pasti lebih beruntung kerana lebih mudah untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harga paling rendah.

Friday 12 August 2011



The east coast state of Kelantan is charming destination with colourful traditions, interesting pastimes and superb handicrafts. Watch captivating activities such as top-spinning, giant kite-flying or woodcarving. The batik and songket fabrics produced by cottage industries here are among the best in the country. Its laid-back atmosphere, rustic charms and friendly locals add to Kelantan's appeal.

Accommodation in the capital city, Kota Bharu, ranges from star-rated hotels to affordable rooms. In other main towns, visitors can find comfortable inns, rest houses and modest hotels. The state has a tempting variety of local delicacies. Continent food is available at major hotels while fast food can be found at main towns.

Among the popular places of interest are, Cultural Centre or locally known as Gelanggang Seni. It is a veritable showcase of the state's rich cultural heritage. You can watch an enthralling range of traditional performance such as shadow puppetry (Wayang Kulit), Malay martial arts (Silat), top-spinning (Gasing), giant kite flying (Wau Bulan) and musical performance.

Mount Stong is one of the most popular eco-adventure destinations in Kelantan. Mount Stong rises majestically at a height of 1,433m. Trek to view a diversity of flora and fauna, including Rafflesia, the world's largest flower. A highlight is the spectacular Jelawang Waterfalls, acclaimed to be the highest in Southeast Asia.

Wat Photivihan Buddhist Temple is one of tourist attraction in Kelantan. It houses a 40m long statue of reclining Buddha and believed to be the second longest in the world and the longest in Southeast Asia.

Live with a friendly local family and join their interesting pastimes. Home stays can be experienced at the villages of Renok Baru, Pantai Suri and Blok Ulu Kusial.

Check Malaysia Travel Information to get more information about Malaysia Getaways!

Saturday 6 August 2011

Welcome to Kelantan

Welcome to Cik Siti Wan Kembang state in Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Dub "The Veranda of Mecca", Kelantan is rich in its' mystical Malay charm and idyllic way of life even in this developing capital city of Kota Bharu.

If you are looking for a place to stay, Mida Homestay or Rest House is the accommodation for you. Suitably located, a furnish rest house with necessities for a comfortable homestay, this Single storey Semi-Detached will provide the ambiance for you to feel local way of life and activities.

This single storey Semi-Detached rest house has 3 bedrooms, 2 bathrooms, one living room, one family area and a kitchen. You can park your car under the porch or on the large grass covered front lawn.

It is a suitable accommodation for large family or 2 to 3 small families on holiday, gatherings or receiving guests for occasions here in Kota Bharu, Kelantan.

The rest house is located not far from the main road to Kota Bharu and within distance to the supermarket, eateries and convenient stores.

The area is fast developing into a hub of commercial activities with a 24 hours shopping area being built close by and open for bussines end of 2011.

It is approximately 1km from a supermarket, Petrol Station, Local Bank, Pizza Hut, Marry Brown and Seven Eleven store, 3km from Sultan Ismail Petra Airport, 8km from the wet and night market (Wakaf Che Yeh night market) and 6 km from town center of Kota Bharu. There are plenty of stalls and shops which sell food (breakfast/lunch/dinner) within one kilometer radius of the house.

Although nestle in the suburban of Kota Bharu, you can still feel the kampung (village) environment. Do strike conversation with our neighbors and you will be surprise of their friendliness and smiles.


Rates

The rates below are in Malaysian Ringgit. Deposit for booking is 50% of the total payment of stay duration. Full Payment have to settle during check-in time.

RM 200.00 per night
(RM 180.00 per night for 2 days and above.)

Rate may negotiable when live for a longer time.

Please note 70% refund is given if cancellation of booking done 1 week before date for weekdays or 2 weeks before date for weekends/holidays. No refund is given if cancellation done after those period.


Terms and Condition

1. Payment is in Malaysian Ringgit either cash or bank-in (Maybank/CIMB/BSN/BIMB/EON account no. will be given).

2. 70% refund is given if cancellation of booking done 1 week before date for weekdays or 2 weeks before date for weekends/holidays. No refund is given if cancellation done after that.

3. Check-in time is 2.00pm and check-out 1.00pm.

4. House keeping service is available when requested, from 1.00pm to 2.30pm

5. Cooking is prohibited except using available electric appliances

6. If number of tenant/occupants exceed the number of beds surcharge may be levied (on owner's discretion).

7. Safety of occupants of the house and their property is top priority. Therefore it is advisable:

a. Not to bring highly valuable possession during stay.

b. To make sure doors and windows kept lock when leaving the house or sleeping during day and night time.

c. All electrical switch and socket turn off after usage. It is highly recommended to turn off the air conditioning when leaving the house unattended.


THE MANAGEMENT OF MIDA HOMESTAY (RUMAH REHAT MIDA) WILL NOT BE RESPONSIBLE FOR ANY LOST, DAMAGE, BODILY HARM, INJURY OR LOST OF LIFE TO THE TENANTS, THEIR OCCUPANTS OR GUESTS OR THEIR PROPERTY DUE TO THEIR NEGLIGENCE OR CIRCUMSTANCES BEYOND THE CONTROL OF THE MANAGEMENT.